Saturday, 16 April 2011

Bangga sekejap!!!

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011


  1. Universiti Sains Malaysia  (huhu..jgn jeles....kasi highlight skit)
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University


Universiti Sains Malaysia (USM)menjadi universiti terbaik di Malaysia berdasarkan ranking semasa secara keseluruhan dengan menduduki ranking pertama daripada 65 buah universiti yang tersenarai. Secara keseluruhan, USM menduduki tangga ke-629 dalam ranking dunia. Ranking ke-2 di Malaysia ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkedudukan ke-694 secara keseluruhan. Tempat ke-3 di Malaysia ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ranking ke-731 secara keseluruhan.

Pemilihan ranking universiti ini adalah merangkumi beberapa aspek penting seperti jumlah penyelidikan yang berjaya dihasilkan oleh sesebuah universiti itu dan beberapa faktor lain.


p/s: even kita belajar kat universiti terbaik dunia sekalipun, tak guna kalau kita nie malas belajar dik oii...ingat tu


Tuesday, 5 April 2011

jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM


p/s: takde niat nak berjiwang2 pun..sja nak share je...



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Cara hilangkn ngntuk dlm KULIAH..


tips ni aku copy paste je dari member aku kat fb tu..selamat mencuba!


1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...

2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain... 

3. Skodeng amoi-amoi yang cun... Kalau takde, skodeng diri sendiri je... 


4. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill... 

5. Hidu gam...(bongok giler) 

6. Kalau lecturer tanya ada soalan ke tak, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...

7. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab je nampak kuman kat atas meja... 

8. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris... 

9. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...

10. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...

11. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard... 

12. Lari keliling kuliah 

13. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...(kuang hajo giler) 

14. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...

15. Geledah beg org lain

16. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...

17. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali... 

18. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan... 

19. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer...

20. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat... 

21. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...

22. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah... 

23. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...

24. Jual popcorn dalam kelas... 

25. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali... 

26. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer... 
   
27. Edarkan poster Dr. Rozmey dalam kuliah...

28. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah...(ni yg terbaik)

SELAMAT MENCUBA. hehehe :P

red carpet dan aku....apa kaitannya???






apa kaitan aku ngan red carpet?huhu..mmg tak de kaitan pun... aku manusia, red carpet tu benda bukan hidup..ha3... ok aku nak citer sikit kenapa aku post pasal red carpet ni...awok sebenornye ada hati gak nak berjalan atas red carpet dekat anugerah berprestij mcm ABP tu...huhu berangan.... bukan pe, dapat lalu pun jadilah..nak feeling glamor sekejap..kalo setakat berjalan atas red carpet time dinner tu baik tak payah..tu dah biasa sgt...ni yg betul2 anugerah berprestij or majlis2 yg ada VVVVVIP tu..huhu....bayangkanlah ngan baju glamernye( x main lah sponsor2 ni ..beli sendiri) ,lepas tu fans dok beratur kiri kanan ni nak amik gambar..perghh! ( berangan lar kau sampai bile2..ha3)...glamour glamour jugak... tapi aurat kena jaga beb...tak payahlar nak seksi2 ni.. buat seksa je org yg menengoknya..

Monday, 4 April 2011

USOP BAKAL BERGELAR BINTANG PALING POPULAR TAHUN DEPAN???
sapa kata Usop tak popular... die lagi popular dari saheizy sam tau... buktinye...nengok je lar ABP semalam...ramai kot yang ikut ngangkat tangan macm si usop nie..huhu...awok suke benor ngan lawak selamba die tu... memang kelakor ler bile dengor die bercakap..hee hee hee..sakit perut awok menahan nye...bergegar satu dewan tu...si usop ni memang tak lekang ngan wheel char die tu....die ni ada trademark die sendiri.. lawak natural...tak de nak niru sape2...die ngan gaya die yg tersendiri..tu yg awok suke benor tu... tambah pulak die ni satu negeri ngan teman..lagi ler awok bangge... kpd usop, jgn riso, thun depan awok undi kamu banyok2...

SIMBOL APA NI???







Pelik tapi benar...simbol pe ni?... kecoh skg pasal simbol nie... merata-rata org jumpe... tapi aku tak jumpe lar lagi simbol ni... ..lepas tgk simbol ni, rasa takut pun ada... ada yg kata simbol ni ada kaitan ngan radiation ..then ada gak yang kata simbol ni mcm bg hint kata ada makhluk asing nak serang bumi...biar betik? ada yg kata ini tanda2 menunjukkan  yg kiamat dah dekat....Ya Allah ..aku belum sempat bertaubat lagi ni..kahwin pun belum...huhu.. yg pelik nye, baru2 ni aku pernah termimpi benda pelik... before aku terbaca berite pasal simbol ni, aku pernah mimpi makhluk asing nak serang bumi...aduh...n ianya berlaku sebaik sahaja kita melangkah ke tahun 2012....ada banyak UFO dri atas langit turun ke bumi time tu... tpi aku tak sure sama ada diorg datang nak serang atau just melawat bumi je... huhu... sebab lepas tu aku tiba2 terjaga... yang aku musykil, bentuk UFO diorg yang aku mimpi tu sama macm bentuk simbol ni... aduh..aku kebingungan... masalahnye skg ni, b4 aku mimpi tu, aku tak pernah terbaca pun berite pasal simbol ni and aku tak pernah tgk pun simbol ni..sampailah satu hari, aku terbukak blog beautifulnara... abg nara post pasal simbol nie..terkejut jugaklah aku... mcm ada kaitan plak ngan mimpi aku...hmm tak tau lah nak kata apa...andai kata sesuatu musibah akan menimpa bumi ni,kita sebagai muslim hanya patut sediakan bekalan amal ibadat dari sekarang...itu yg penting..jgn terlalu memikirkan sgt bila hari kiamat tu kan tiba..hanya Tuhan yang tahu...hmm.. kalo ada info pasal simbol ni, bgtau lar ek...







Saturday, 26 March 2011

Camwhore......

Korang suka amik gambar sendiri x? dalam erti kata lain " perasan diri tu cute " ( padahal x pun)... kira syok sendiri lar... huhu.. kalau jawapan korang 'ya' bermakna anda seorang yg camwhore...tak dinafikan memang ni salah satu hobi aku... nak buat gane kan...ha3.. korang jgn tak tau Datuk CT pun suka camwhore jugak... he3

                                             berpurdah lar pulak......ketika cinta bertasbih..lalala


                                  yg tudung purple tu  Merah namanye...tapi apsal plak aku yg pkai bju merah???
                                    




                                                                 sing along with me.....






                                  kan betul aku cakap..datuk ct pun suka camwhore..:P


                                            ish3..tgh sesak nafas pun sempat lg bergambar...

Friday, 25 March 2011

Korang tau tak apa itu EARTH HOUR....


Memandangkan esok adalah hari earth hour , so apa kata kita bercakap skit pasal benda ni... aku tau topic ni bosan tapi korang kena amik tau jugak..penting tau demi masa depan bumi kita....
First sekali aku nak tanya korang....korang tau ke binatang apa 'earth hour ni'?????mesti lar korang akan cakap , earth hour  = tak leh bukak lampu selama satu jam....so korang off lar lampu selama sejam... tpi yang cilakanya , pasai pa ada je yg degil dok bukak lampu jugak....diorg ni tak paham bahasa ka...huh!earth hour apa kebendanye gitu...
Baru2 ni classmate aku ada lar wat presentation time kelas BI pasal saving energy nie.. biler dah hbis present die tnye lar kat budak2 kelas tu...ada soklan tak? aku dengan tanpa segan silunya laju je angkat tangan nak tnya soklan...he3..hidup kena pantas beb... aku tnya lar: betui ke earth our bleh save energy? huh... nasib baik die bleh jawab soklan aku tu...cayalah bro...dia kata earth hour ni bukan sahaja bleh menjimatkan tenaga elektrik malah bleh mengawal masalah global warming dan climate change...
Crite pasal pengalaman aku ngan earth hour ni nak2 masa time first2 diperkenalkan dulu.. time tu aku study kat matrik pahang..huhu..kelakar bile teringat balik....time tu jam dah hampir menunjukkan pukul 9 kot... so budak2 ni gatai tangan pi tutup suis utama... tetiba aku terdengar ada suara orang menjerit dari aras aku tu... bilik aku dekat ngan toilet time tu....budak tu jerit... "woi aku ngah  b***k lar wei... bukak lampu balik...ha3!!!!..kuat giler suara die... satu aras dengar kot..huhu tak sure... lepas tu diorg terpaksa lar bukak balik suis utama tu...

weLcOme 2 my bLog!!!!!

Dimulakan dengan bismillah....
Assalamualikum w.b.t...
Dengan rasminya  aku dah ada blog sendiri....orang lain dah ke bulan, aku bru nak terkial2 buat blog... papepun tahniah untuk diri aku sendiri...huhu..dah mcm Usop lar plak.."hepi birthday to me"..lala... Mintak2 lar aku ada ramai followers kat sini..so tak de lah nampak mcm aku ni syok sendirik..kui3...bnyak benda aku nak share kat sini...so kiranya blog ni tempat tuk aku lemparkan segala ketidakpuashati, kegembiraan, kritikan n mcm2 lagilah.. nak bergosip pun bleh gak..tpi berpada2 lah ok..:)
ok meh aku citer skit pasal diri aku...hmm.. org pnggil aku shila kadang2 lala , nushie, yg pnggil datin nushie pun ada( siot betul)... datin tu nickname aku kat fb dulu.. saja nk glamer... aku ni jenis yg tak banyak cakap  sgt..tambah2 dgn org yg aku tak kenal... .tapi kalo ngan member2  aku, kadang2 aku terlebih ckap lar pulak... diorg kata aku ni kelakar lar jugak orgnye..suka bergurau...kalo dah jd cikgu ti tak lau cane..hmm...aku amik kos pendidikan kat usm.. ha3.. tak tau lar cane aku bleh teramik kos ni sebab aku rasa minat aku lebih cenderung kepada bidang art.. contohnye, seni perfileman ke, seni muzik ke, kecantikan ke, hiasan dalaman ke.. aku mmg minat tu... tapi Tuhan dah takdirkan aku tuk jd teacher..aku bersyukur..sapa tau suatu hri ti aku bleh jd lecturer plak...(berangan)...aku berasal dri perak( perak pure).....i love perak he3.. tpi kalo bab study, aku kalo bleh nak elak dri study dekat perak.. nak berdikari lar konon...lepas pmr aku smbung study kat mrsm muar, johor        ( jauh tu) tpi patah balik sebab tak suka cara studi kat mrsm ni... lepas spm aku smbung study kat matrik pahang plak..aku ni mmg jenis suka apply yg jauh2.. parent aku marah sbb aku suka apply jauh2..tpi aku suka sbb nak cari suasana baru.... then skrg ni aku study kat penang je lar... tpi ok jugak kalau tak study jauh2 sgt nie.. bleh jimat duit tambang bas tuk blik kg..kalo dulu pergi blik sja pun dah dekat seratus..
hmm aku ni jenis yg suka berangan(tak bleh blah)... hope one day, aku bleh jd org yg dikenali di atas kejayaan aku...satu benda yg org tak tau pasal aku ialah aku suka menyanyi... huhu... saja aku sorok bakat aku ni... walaupun vokal tak power tpi bleh lar menyanyi... vokal tak penting ..yg penting kelainan suara tu ada...yang aku perasan artis2 zaman sekarang suara semua sama je... susah nak beza..sbb tu susah nak mantain dlam industri...hmm aku teringin sgt nak terbitkan satu drama bersiri..mesti meletop punye..pasal aku rasa cam nak buat kelainan dari drama2 yg ada kat msia ni...i think industri hiburan kat msia ni kurang maju lah kalau nak dicomparekan dgr luar negara..  satu lg bab2 hiasan dalaman rumah ni..aku cukup suka lah.. aku ngn sis sulung aku mmg suka bg idea2 tuk decoration rumah kami kat kg tu... kami suka yg simple tpi nampak menarik..hu3.. aku mmg agak kamcing ngn sis aku yg tu...kami se taste n sependapat..he3..
 apa? fizikal aku? pasal fizikal aku biarlah org len yg nilaikan... aku tak tau nak komen pe pasal fizikal aku... org kata ok, so ok lah kot... cukup sekadar sedap mata memandang... tak perlu terlalu bermegah dengan kecantikan... sebab suatu hari ti kecantikan tu akan bersatu ngan tanah jgak....ada kawan aku tu obses sgt nak kurus..padahal badan dia takde lah gemuk mana... biasa je.. huhu nasib baik aku kurus je..tak de lah sebok2 nak diet...hmm.. korang nak tau, aku tak pernah beli kasut tinggi sbb  takut tak pkai pasal aku dah tinggi...so tak perlu pkai kasut tinggi kot...tpi aku prefer lgi kalo jd rendah...ntah lah.. kalo bleh nak sgt diri ni rendah... lagi best kot kalo rendah ni..satu lagi, aku ni tak minat sgt nak betukar2 handbag... sbb aku tak obses ngan handbag macm pmpuan2 lain...cukup lar ada satu dua handbag je.. tak perlu membazir... sbgai pempuan yg penting kita tau jaga penampilan diri pun dah cukup.....what? status aku? ( giler aku ni..sendiri tnye sendiri jawab...)... aku masih sendiri a.k.a single..cewaah.. aku tak kisah apa org nak kata... " apsal tak couple?memilih sgt lar ko ni"...." ko single lgi? bleh percaya ke?".... " awk ni sombonglar...jual mahal ke".... tu contoh2 ayat pedas tuk aku... peduli apa aku org nak ckp pe..yg penting aku hepi.... pesanan kepada mereka2 yg nak msuk line, aku mintak maaf...stu je yg aku bleh ckap...aku doakan korg dapat pasangan yang lebih baik dri aku n mungkin aku tak ditakdirkan dengan korang n aku tak layak tuk korang.....korg bleh dpt better lg dr aku....aku tak kisah dengan tanggapan negatif org2 sekeliling aku..ada aku kesah..  dalam hati aku selalu berbisik yg suatu hari nanti  'lelaki itu' akan muncul jugak dlm hidup aku.... aku terime jodoh yg Tuhan dah tentukan untuk aku...kita kena percaya yang Tuhan jadikan kita ni berpasang-pasangan kan... bak kata member aku :"I'm not single and I'm not taken.. I'm simply on reserve for the     
                       one who deserves my heart!




Itu je kot yang aku nak share ngan korang.... busy la weyh..len kali aku post banyak2 lagi...


 mcm2 isu nak dibentangkan ..tpi skang ni busy for FINAL EXAM.... kena pulun study sem ni


...harap2  sem ni dapat dekan....amin 



Mesti korang tertanye2 kan anak sapa lah ni.. dah lar tak berbaju..hu3..ni anak kakak aku merangkap anak buah aku... bru 3 bulan... ni lar satu2nye anak buah aku...bru nak blajo2 jadi mak cik..he3...



gambar di atas diambil ketika kami menjalankan field work untuk subjek yang aku amik..wat experiment tepi laut ... nice view..:)