Saturday, 16 April 2011

Bangga sekejap!!!

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011


  1. Universiti Sains Malaysia  (huhu..jgn jeles....kasi highlight skit)
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor's University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University


Universiti Sains Malaysia (USM)menjadi universiti terbaik di Malaysia berdasarkan ranking semasa secara keseluruhan dengan menduduki ranking pertama daripada 65 buah universiti yang tersenarai. Secara keseluruhan, USM menduduki tangga ke-629 dalam ranking dunia. Ranking ke-2 di Malaysia ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkedudukan ke-694 secara keseluruhan. Tempat ke-3 di Malaysia ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ranking ke-731 secara keseluruhan.

Pemilihan ranking universiti ini adalah merangkumi beberapa aspek penting seperti jumlah penyelidikan yang berjaya dihasilkan oleh sesebuah universiti itu dan beberapa faktor lain.


p/s: even kita belajar kat universiti terbaik dunia sekalipun, tak guna kalau kita nie malas belajar dik oii...ingat tu


Tuesday, 5 April 2011

jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM


p/s: takde niat nak berjiwang2 pun..sja nak share je...



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Cara hilangkn ngntuk dlm KULIAH..


tips ni aku copy paste je dari member aku kat fb tu..selamat mencuba!


1. Kunyah chewing gum pastu letak kat kerusi kawan-kawan...

2. Ikat tali kasut kawan yang tidow kat meja atau kasut kawan yang lain... 

3. Skodeng amoi-amoi yang cun... Kalau takde, skodeng diri sendiri je... 


4. Cabut kasut kawan pastu baling depan lecturer... Kalau lecturer marah, cakap kat dia yang tadi tu hanya latihan firedrill... 

5. Hidu gam...(bongok giler) 

6. Kalau lecturer tanya ada soalan ke tak, angkat tangan dan ajak dia pergi tengok wayang...

7. Buat-buat mengamuk sakan... Kalau lecturer tanya kenapa, jawab je nampak kuman kat atas meja... 

8. Buat muka marah pastu tenung muka lecturer lama-lama sambil genggam pembaris... 

9. Curik dompet kawan dan gelakkan I.C mereka...

10. Cepatkan jam dalam dewan kuliah...

11. Ambik 2 bijik botol dan ketuk kuat-kuat... Cakap kat lecturer Safee Sali ada kat belakang whiteboard... 

12. Lari keliling kuliah 

13. Kumpul batu-batu kecik dan baling kat budak pompuan yang pakai tudung pelik-pelik...(kuang hajo giler) 

14. Lagakan kawan-kawan sampai mereka gaduh... Bila dah gaduh, rakam dan upload ke facebook...

15. Geledah beg org lain

16. Bila kelas tengah senyap, main mercun pastu salahkan lecturer...

17. Bila kelas dah nak abes, puji lecturer tu cantik atau hensem berkali-kali... 

18. Kumpul air dalam baldi dan simbah kat depan kelas... Bagi alasan tu untuk padamkan api kejahatan... 

19. Pergi kelas pakai kain kapan dan duduk sebelah lecturer...

20. Bila dah abes satu bab, jerit "goooolllll!!!"... Lakukan sampai kelas tamat... 

21. Kalau lecturer bagi assignment banyak-banyak, mintak tambah lagi...

22. Ajak kawan-kawan main batu seremban dalam kuliah... 

23. Kalau lecturer tu laki, cakap kat dia zip terbukak... Cakap banyak kali...

24. Jual popcorn dalam kelas... 

25. Miskol nombor lecturer banyak-banyak kali... 

26. Masuk dalam kuliah dan bagitaw ada pak gad tengah clamp kereta lecturer... 
   
27. Edarkan poster Dr. Rozmey dalam kuliah...

28. Kalau dah ngantok sangat, tidow jelah...(ni yg terbaik)

SELAMAT MENCUBA. hehehe :P

red carpet dan aku....apa kaitannya???






apa kaitan aku ngan red carpet?huhu..mmg tak de kaitan pun... aku manusia, red carpet tu benda bukan hidup..ha3... ok aku nak citer sikit kenapa aku post pasal red carpet ni...awok sebenornye ada hati gak nak berjalan atas red carpet dekat anugerah berprestij mcm ABP tu...huhu berangan.... bukan pe, dapat lalu pun jadilah..nak feeling glamor sekejap..kalo setakat berjalan atas red carpet time dinner tu baik tak payah..tu dah biasa sgt...ni yg betul2 anugerah berprestij or majlis2 yg ada VVVVVIP tu..huhu....bayangkanlah ngan baju glamernye( x main lah sponsor2 ni ..beli sendiri) ,lepas tu fans dok beratur kiri kanan ni nak amik gambar..perghh! ( berangan lar kau sampai bile2..ha3)...glamour glamour jugak... tapi aurat kena jaga beb...tak payahlar nak seksi2 ni.. buat seksa je org yg menengoknya..

Monday, 4 April 2011

USOP BAKAL BERGELAR BINTANG PALING POPULAR TAHUN DEPAN???
sapa kata Usop tak popular... die lagi popular dari saheizy sam tau... buktinye...nengok je lar ABP semalam...ramai kot yang ikut ngangkat tangan macm si usop nie..huhu...awok suke benor ngan lawak selamba die tu... memang kelakor ler bile dengor die bercakap..hee hee hee..sakit perut awok menahan nye...bergegar satu dewan tu...si usop ni memang tak lekang ngan wheel char die tu....die ni ada trademark die sendiri.. lawak natural...tak de nak niru sape2...die ngan gaya die yg tersendiri..tu yg awok suke benor tu... tambah pulak die ni satu negeri ngan teman..lagi ler awok bangge... kpd usop, jgn riso, thun depan awok undi kamu banyok2...

SIMBOL APA NI???







Pelik tapi benar...simbol pe ni?... kecoh skg pasal simbol nie... merata-rata org jumpe... tapi aku tak jumpe lar lagi simbol ni... ..lepas tgk simbol ni, rasa takut pun ada... ada yg kata simbol ni ada kaitan ngan radiation ..then ada gak yang kata simbol ni mcm bg hint kata ada makhluk asing nak serang bumi...biar betik? ada yg kata ini tanda2 menunjukkan  yg kiamat dah dekat....Ya Allah ..aku belum sempat bertaubat lagi ni..kahwin pun belum...huhu.. yg pelik nye, baru2 ni aku pernah termimpi benda pelik... before aku terbaca berite pasal simbol ni, aku pernah mimpi makhluk asing nak serang bumi...aduh...n ianya berlaku sebaik sahaja kita melangkah ke tahun 2012....ada banyak UFO dri atas langit turun ke bumi time tu... tpi aku tak sure sama ada diorg datang nak serang atau just melawat bumi je... huhu... sebab lepas tu aku tiba2 terjaga... yang aku musykil, bentuk UFO diorg yang aku mimpi tu sama macm bentuk simbol ni... aduh..aku kebingungan... masalahnye skg ni, b4 aku mimpi tu, aku tak pernah terbaca pun berite pasal simbol ni and aku tak pernah tgk pun simbol ni..sampailah satu hari, aku terbukak blog beautifulnara... abg nara post pasal simbol nie..terkejut jugaklah aku... mcm ada kaitan plak ngan mimpi aku...hmm tak tau lah nak kata apa...andai kata sesuatu musibah akan menimpa bumi ni,kita sebagai muslim hanya patut sediakan bekalan amal ibadat dari sekarang...itu yg penting..jgn terlalu memikirkan sgt bila hari kiamat tu kan tiba..hanya Tuhan yang tahu...hmm.. kalo ada info pasal simbol ni, bgtau lar ek...